Followers

Tuesday 31 May 2011

Oreo Cheese cake."sedapnyer'

Asalamualaikum
 nk citer pasal oreo cheese cake .
yum...yummm sedap nyer....
 nk tau resepi dy..
bab da ske sgt cake nie..
jarang2 dapat mkn cake ni..



Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )
  • :: BASE ::
    120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair
  • :: FILLING ::
    (A)
    2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu
  • (B)
    250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara 

1. BASE: Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras. 
 
2.       Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
 
3     Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
 
4.            Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam 
 
    :: Variasi Satu ::
kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g 

:: Variasi Dua ::
kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas 
 
sedap nyer....sape yang nk wat kan untk saya....
yum...yum..yum...
 





No comments:

Post a Comment